Sunday, 12 February 2012

setakat ini aku mampu.

terang harus lampu jalan.
sinar tidak matahari malam.
saat saat coretan hati sedang dikaburi.
hitam semua dilihatnya.
putih.
sipi sipi di sosok jalan kecil.
makin lama.
makin pudar kelabu.

sebentar.
kabur itu kembali pulih.
tidak banyak tetapi sedikit.
sebentar.
masih dikaburi lagi.
hitam ini, pengacau !.

setakat ini,
aku mampu melihat sipi sipi putih.
erti mata aku tidak tutup rapi lagi.
sudah rebah di tanah.
sudah kosong tenaga badan.
setakat ini,
mata masih lagi hidup?.

ya, hidup katanya.
hati?
pun hidup.
sipi sipi putihnya.



saya faiz.

Friday, 10 February 2012

Permulaan Kisah

sedang aku menikmati minuman malam.
terdetik hati kecil bertanya siapa engkau.
adakah engkau cinta mahupun kawan biasa.
mengapa kau hampir dan mahu menyentuh bahagian paling dalam.
paling dalam pada diriku.
mengapa.
mengapa aku sendiri membiarkan perilakumu itu.
mengapa aku sendiri merelakan.

kopi sudah habis,
masih lagi tertanya.
mahu tambah atau tidak.
masih bisa menjadi soalan lagi.
cukuplah.
mulut sudah penat menerima cecair.
satu soalan sudah selesai.
berapa soalan lagi tinggal ?

mahu bertanya atau tidak.
aku seorang lelaki.
mesti punya ego.
tapi.
aku seorang lelaki.
juga punya sifat ingin tahu.
bagaimana
bagaimana
bagaimana
bagaimana harus aku fikir,
wahai bidadari, kau berilah jawapanmu.

telefon bimbit dibimbit.
peluh aku kerjakan.
bidadari, malam ini aku mahu jujur.

ego,
sifat ingin tahu,
curiga,
malu,
semua bercampur aduk.
macam kopi tadi di campur gula.
enak rasanya.

itu sahaja.


saya faiz.